Isnin, 23 Julai 2012

Awan Ramadhan

Syukran, sempat gak kita sama-sama sambut ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan dan dugaan sebenarnya. Selain menahan lapar & dahaga, menahan dari kemarahan tu pun salah satu dari syarat bagi umat islam berpuasa, pendek kata tiap etika kita, tingkah laku perlu dijaga.
Masa Kecik-kecik dulu tak faham maksud puasa ni, yang ira tau tak boleh makan, minum, & kena pergi surau solat terawih. Tapi bila usia makin bertambah, ilmu pun makin dicari baru lah faham erti puasa sebenar :)
Teringat peristiwa masa mula-mula nak belajar puasa, masa tu baru darjah dua (err sebab masa darjah satu , ira kuat xberhenti menyusu lagi hehehe malu saya), pernah dengar tak puasa 'yangyuk' (main tibai je ejaan ni), haa pada yang senyum sipu-sipu tu mesti pernah buatkan, ira pun macam tu hehe, tapi berhasil sampai adik-adik ira pun macam tu gak hhe, kiranya kita puasa mula dengan separuh hari lepas tu makin lama masa tu dipanjangkan sampai la dapat berpuasa satu hari. Pada yang baru nak ajar adik, anak-anak nak berpuasa tu elok juga guna tips ni.
Malam semalam ira xpegi solat terawih di surau, sebab batuk ira ni tak berhenti-henti pulak, risau pulak ganggu jemaah yang lain, jadi mama kata solat je dirumah. Ok nak teringat balik (banyaknya flashback dia), kecik-kecik dulu ira rajin gi surau (atas faktor ramai kengkawan kat sana hehe), jadi rajin la solat terawih , walaupun xfaham apa-apa, yang bahayanya gak ira ni cepat mengantuk, kisah tertido masa sujud tu riuh la satu kampung, sampai sekarang kalu jumpa je opah-opah yang kenal ira mesti dorng pesan "jangan tertido pulak nanti" mak ai malunye hehe, mak tak nye solat terawih kat surau kat kampung ira ni imamnya suka buat 20 rakaat, masuk rakaat ke 8 ira dh xleh nak tahan mata ni dari tutup, jadi sampai orang dah buat solat witir la sujud je kat situ. Nasib baik ada ustazah Alia yang bangunkan ira hehehe.
Salam Ramadhan buat semua, insyaallah ibadah kita diterima olehNya, amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan