Isnin, 22 Oktober 2012

Butik De Cemara

Assalammualaikum

Seminggu dah sihat dari demam , tapi kesibukan yang berganda disebabkan terlalu banyak kerja yang tertangguh. Rasa penat pun berganda. Eh kenapa perkataan "berganda" di highlight kan ? haa ni semua sebab Wedding Planner yang ira rasa dah buat ira untung berganda-ganda, Alhamdulillah.. last week ira dah pergi fitting baju dan buat bayaran.
 
Memandangkan wedding ira dah hampir tarikhnya, risau-risau baju yang ira nak tu takde, ira pun ajak mama and abah jumpa dengan kak Dora owner butik tu . Orang lain xbawak family, ira siap bawak family lagi , bukan sebab anak mama atau anak abah tapi sebab dorang akan tengok mane yang ok dan kenapa tak ok :)
 
Kebetulan pulak Ironman ira tu demam kesian dia, jadi ira sahajalah yang try baju-baju tu. Butik yang ira pergi ni memang jauh dari rumah ira dalam 30 min baru sampai (trafik light + jammed lagi)
nama butik ni De Cemara di Taman Tawas Gemilang , dahulunya bersebelahan dengan butik Zaha Planner. Eh nape tak Zaha Planner je ira? ramai kengkawan yang bertanya sampai mokcik-mokcik pun ada yang suggest pada ira dengan wedding planner anak dorang. Ira ni memang fussy sikit (yeke? cam tak caye je hehe) tapi fussy yang berjimat kekkekekek... bukan kedekut ye kawan-kawan, tapi ape yang selayaknya untuk bajet ira ni.
 
Itu yang ira sebut berganda-ganda, sebab butik De Cemara menawarkan bajet yang mampu tetapi korang akan dapat sesuatu yang awesome gitu. Contohnya ira ambik pakej
 
Romeo & Juliet RM2,800.00
3 busana pengantin
2 kali make up
1 bunga tangan fresh flower
1 panel pelamin (untuk rumah)
hiasan bilik tidur
pintu gerbang
 
ada lagi tapi ira dah terlupa pulak aiseh , ok jadi memandangkan ira buat majlis ni di rumah maka memang sepadan la dengan apa yang ira nak, simple is better . Mama lah orang yang paling happy sebab dia cakap baju-baju dia pun comel-comel dan layanan daripada empunya butik pun baik, jadi pada siapa yang berminat tu especially orang ipoh memang ira suggestkan pergi ke butik De Cemara ni atau korang boleh pergi ke fb segalanya dihujung jari... :D
 



Gambar-gambar ni dari fb De Cemara, simple but nice. Tapi terpulang juga pada setiap orang dan bajet tu yang perlu diutamakan supaya nanti tak ada la garu kepala atau tepuk dahi sebab dah pening nak settlekan bayaran. Arioss.. :D
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan