Khamis, 29 Mac 2012

Episod Poket Rabak di AEON Ipoh Station 18

Sampai je rumah terus check purse, tengok buku tiga 5, kira-kira how much yang boleh shopping tuk esok, err tabiat lama datang kembali ka??. Ni semua gara-gara Grand Opening AEON yang terbesau di Ipoh, tambahan pula sejengkal je dari rumah ahaks tipu la tu kan, mau tak mau ada la kena tempuh 6 corner then baru sampai , oh jauh ek?, ok la tapi boleh dikira dekat la tu dari AEON di bercham tu. Amboi AEON lak tergeliat lidah mak nk menyebutnye kan, dulu Jusco ataupun Japan United Stores Company iaitu anak syarikat AEON sendiri  tapi sekarang taknak guna nama anak nak guna nama bapa dia iaitu AEON , ni semua sebab korang-korang yang suka shopping tu kan, jadi ia dapat membantu peningkatan pemasaran justeru dapat menaikkan nama mereka dengan ada produk sendiri (kan dah terkeluar bahasa bisness).

Mula-mula hati ni berat sangat nak pergi grand opening tu, sebab demam baru nak baik, sakit kepala pun main cak-cak dengan ira, but after mama and my brother cakap nak pergi gak, rasa teringin juga nak tengok pe yang ada kat situ. Jadi pakai pun ambik ada je, selipar jepun ku tibai tanda kemalasan yang bangat. Bila sampai nak cari parking mak ai full house, then ada lak celah -celah tu kosong, alhamdulillah , tak payah la tunggu berjam-jam lagi.

Part nak masuk pulak senang je sebab dia banyak pintu, then kena ingat gak la kat mana pintu yang kita masuk , kalau tak tawaf la kome satu AEON tu ye. Ok part ni excited sikit, sebab my favourite brand ada kat sini, cotton on, yeayy lepas ni tak payah la nak order on9 ke, nak menjelajah ke KL semata-mata nak cotton on kat Ipoh pun ada. Jadi berselerakkan lah kami menjamu mata, memang penat kalu nak jelajah jadi kena la sihat and kuat, kalau mcm ira, asyik duduk je la sebab dah rasa na pitam2 lak.

Disebabkan dah lemah sangat ira sempat beli chocolate je, cotton on i will meet u again k, very soon hehe.. (nak mimpi flat shoe comel tu *joget2) . Sempat gak tu SMS my sis dengan alif, (ahaks faham-faham la ye ). Ok lepas ni port dating korang mesti berubah arah ke AEON station 18 ni geggegegeee.. dah la rasanya i'm really weak for tonight , tu je k. bai

p/s : (sorry gambar rajah tak ada la, lupa bawak kamera :p)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan