Jumaat, 26 Oktober 2012

Suami untuk Isteri


Salam AidilAdha untuk semua .
Teringat episod Aidiladha dalam rancangan Al-Hidayah tadi pengorbanan seorang lelaki yang menikahi seorang wanita yang dilahirkan cacat penglihatannya. Subhanaallah. Sebak itu yang ira rasa pertama kali bila diperdengar kisah realiti tersebut. Mungkin yang perlu ira fikir, masih ada insan yang berjiwa murni. Satu persatu dipertontonkan dalam cerita ringkas dalam rancangan itu.  Begitu ikhlas dia melayan isterinya yang sarat mengandung anak sulung mereka.
Memang benar adakalanya kita akan berasa sedih bila mengenangkan lelaki yang tidak bertanggungjawab sehingga sanggup merosakkan sekuntum bunga yang mekar. Tetapi lelaki yang bergelar suami mithali ini tidak sanggup meleraikan kuntum bunganya walaupun bunganya tidak sempurna tetapi pada matanya wanita itulah yang telah buat dia sempurna sebagai seorang suami.
Allah Maha Besar bukan?, terasa sebak dan cemburu bila mengingatkan kembali kisah hidup mereka. Adakah bakal suami kita nanti dapat menerima dan menjaga diri kita yang tidak sempurna ini? Mungkin sesuatu yang kita perlu selami dalam-dalam, ira memperingatkan diri ira sendiri juga kawan-kawan yang membaca blog ini. Mari kita renung bersama hadis dibawah ini J
  "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)
"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)




 
photo : google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan