Jumaat, 2 Disember 2011

Puisi buat Rara


Allahhuakbar

Kau yang menghidupkan kami
Kau juga berhak mematikan kami
Menitis air mata
sebak menusuk didada
Terkenang apa bakal ujian buat diri yang meniti usia remaja
'Sekejap sungguh cahaya penyeri hidup ini'
Ungkapan yang terlintas tatkala terpapar berita
Bahawa Kau pergi buat selamanya

'inalillahhi wa inna ilaihi rajiun'

Wahai saudaraku,
Mungkin kita tak pernah kenal
Mungkin kita tak pernah berjumpa
Tapi semangat mu berjuang akan ku ingat sepanjang waktu
Pentanda Usia bukan ukuran hidup matiku
Mungkin ini yang terbaik
Buat pedoman diri yang jahil

Wahai saudaraku,
Mungkin keranamu kami semua beringat
Jangan mudah menyerah kalah
Setiap kesulitan pastinya hikmah yang menanti

Wahai saudaraku,
Mungkin ini cara perkenalan kita
Perkenalan melalui ujian yang Allah berikan,
Ingatlah,
Hidupmu bukan sia-sia, tetapi bekalan buat tatapan kami semua
Sungguh kuat Azammu sehingga tersentuh hati kecil .

Wahai saudaraku,
Doa dari kami buat iringan kau disana
Semoga Roh mu di tempatkan bersama orang-orang yang beriman
Al-fatihah...
Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan